Khamis, 8 Januari 2015

Remaja dan dunia


Assalamualaikum...

Remaja dan budaya,sememangnya sinonim. Dengan peredaran zaman dan teknologi yg semakin canggih,kita sering kali disajikan dengan cerita2 masalah remaja.setiap orang prnah melalui zaman remaja dan kanak2 pun akan masuk alam remaja(klau panjang umur).
Entri kali ni adalah khas untuk pembaca2 yang di alam remaja lgi.definisi remaja adalah mereka yg berumur 13 thun hingga 21 thun ye.hehe.kalau cerite ni xmenarik harap maaf la ye.
Kalau nk ceritakan pengalaman remaja aku rasenye mmg xd yg menarik kot,xyah lah crite.ok la.mcm pnjg sgt plak intro ni. Now we go to the point...
Kepada semua remaja di luar sana ingatlah bahawa hidup kita hanya sekali,blum tentu umur kita panjang.siape yg boleh jamin yg die akan hidup lg esok??jgn lah kamu sia2 kan umur remaja kamu.jangan dikaburi dengan kata2 manis cinta,kemewahan dunia,wang ringgit,keseronokan.ingatlah bahawa semua itu sementara.



Diriwayatkan daripada al-Abbas r.a., daripada Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluargakeluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi rasul dan penutup segala nabi) dan
sebaik-baik keluarga di kalangan mereka. (asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir daripada perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah)”. (Riwayat at-Tirmizi dengan sanad yang sahih).

Rasulullah saw pun ada khidypan remajanya..sifatnya,prilakunya sangat dikagumi dan baik akhlaknya.


Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia remajanya, Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur. Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.

Walaupun kita berbeza zaman dengan rasulullah saw,namun kita patut contohi baginda.tiada idola yang sebaik baginda.. nk ingatkan kt sini bahawa musuh islam sentiasa menunggu masa untk jatuhkan kita..dan sasaran merela yg utama adalah golongan remaja..

Remaja hari ini alan mencorakkan dunia di masa hadapan. Gunakan kelebihan sbagai remaja untuk bersama2 menegakan islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan