Ahad, 19 Julai 2015

segalanya ketentuan Allah SWT

kadang kadang terfikir jugak knapa hidup aku macam ni,,terasa berat je kaki melangkah untuk terus mengejar impian,. dah puas aku cari jawapan tapi yang muncul semuanya persoalan.apakah ini ujian untuk aku atau balasan terhadap dosa dosa lampau yang aku telah lakukan. hanya Allah SWT yang maha mengetahuinya. walaupun perit untuk dilalui namun terpaksa tabahkan hati dan kuatkan semangat demi meneruskan hidup sementara ini. pernah juga aku terasa ingin berdoa untuk dicabut nyawa,tapi itu semua takkan mengubah apa2. kematian bukanlah pengakhiran, tapi mati adalah satu permulaan hidup yang baru yang kekal abadi.sebelum aku menhadap maha pencipta adakah aku dah cukup bekalan ilmu dan amal kebaikan,atau aku hanyalah seorang hamba yg berdosa...itulah yang sentiasa bermain di fikiran aini. ya Allah,,ampunilah hambamu ini yang telah banyak melakukan dosa dan kemungkaran, jika semua ini ujian untuk ku,aku terima dan akan menghadapinya dengan rasa penuh bersyukur, dan jika ini balasan terhadap dosa dosa ku, aku redha ya Allah..sesungguhnya Kau maha mengetahui apa yang tersembunyi yg tidak seorang pun mengetahuinya melainkan dengan izinMu. langkah demi langkah aku berjalan meniti masa dan usia, pelbagai cara telah aku cuba namun hasilnya tetap sama tiada bezanya. sesungguhnya aku hamba yang lupa pada pencipta, kenapa sekarang baru aku sedar.tapi aku masih bersyukur kerana masih diberi peluang untuk kembali ke jalan yang lurus.jika dulu aku gagal biarlah kegagalan itu menjadi pengajaran untuk diri aku dan semua yang mengenaliku. kekayaan dan kemewahan tidak akan menjamin kebahagian hidup.percayalah.. ianya tidak kekal,dalam sekelip mata ia akan hilang jika Allah mahukannya. bagi aku cukuplah aku gagal sekali dan aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi. ketika diberikan kesenangn aku lupa bahawa semua itu hanya pinjaman dan ia bukan milik aku,aku lalai dalam keseronokan hidup,leka dengan hiburan dunia, sekarang aku sedar bahawa semua itu sementara. perjalanan hidup aku terasa umpama novel yang dikarang oleh penulis yang bercelaru,kehidupanku tiada plot tersendiri.kadang2 aku terasa menyampah melihat sdegan2 drama dan plot cerita di kaca telivisyen.aku rasakan semua itu hanya lah rekaan semata mata.mengapa hidup aku tidak seperti drama melayu yang biasa kita tonton..lagi persoalan berlegar dalam fikiranku.aku cuba mencari rentak kehidupan yang sebenar,akhirnya aku pasrah dan aku hanya berserah sahaja pada yang esa. dalam 2 tahun aku rasakan terlalu banyak perubahan yang berlaku di sekelilingku,juga terhadap diriku. satu demi satu musibah melanda diriku,..ahhhh aku buntu..aku tak tahu apa yang akan berlaku pada aku nanti.aku keliru,Ya Allah tunjukkan lah aku jalan yang sebenar yang harus aku lalui.perubahan hidup aku terasa sangat ketara dan hampir akau tak dapat terima,namun aku kuatkan diri dan cekalkan hati untuk menghadapi cabaran hidup ini.aku tiada tempat mengadu dan meluahkan isi hati,aku pendam segalanya seorang diri dan bertemankan papan kekunci sahaja.hidupku bercelaru,emosiku kadang tak menentu.hanya Allah tempat ku mengadu. cerita diriku tidak akan berkesudahan selagi nyawa dikandung badan, masalah dan ujian akan terus datng tetapi aku akn jadi seorang yang kental,aku tidak akan mengalah,ini janjiku pada diriku.cukuplah kegagalan yang aku tempuhi selama ini.biarlah aku menulis tentang kejayaan diriku satu hari nanti,biarlah aku sendiri yang mencipta plot kehidupan ku ini. semoga segala yang akan aku lakukan selepas ini dirahmati ilahi.pesananku buat semua ingatlah bahawa setiap kesedihan akan datng dengan kebahagiaan,setiap kegagalan akan muncul kejayaan.Yang penting hanyalah kepercayaan dan berserah diri lah pa yang maha esa.segalanya bermula dan berakhir ngan izin Allah...Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin dari penhijau..