Khamis, 31 Disember 2015

Maha suci Allah yang mencipta segalanya

Subahanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakhbar, dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,, aku sujud bersyukur ke atas segala ketentuan yg telah kau berikan.aku redha dgan apa jua yg akan terjadi,sesungguhnya kau maha mengetahui yang tersembunyi dn yg tidak pernah aku ketahui..

Wahai umat islam seluruh dunia,marilah bersama2 kita merapatkan saf2 yang sekian lamanya telah renggang, mari bersama2 kita brsatu menjadi umat yg berjaya,,sesungguhnya islam itu indah,islam itu perpaduan,islam itu bersatu, tidak sekalipun Allah SWT memandang hamba hambanya mengikut pangkat,harta,mahupun asal bangsanya,tetapi amalan yg kita lakukan akan menentukan dimanakah kita di pandangan Pencipta yg Maha agung..

Wahai sahabat semua,
Sedarkah kita usia dunia ini semakin tua,kehancuran dan kebinasaan semakin tiba, tapi kenapa kita semakin lupa dan leka dengan agenda2 dunia,sibuk mengumpul harta mengejar nama dan kedudukan,sedangkan kita hanya manusia biasa yang akan mati bila2 masa,izrail tidak pernah lewat tiba untuk menjalankan perintah Allah SWT.

Wahai saudara saudaraku,marilah bersama2 kita ingat mengingati tentang kematian yag pasti akan datang menjemput walau kita di hujung dunia sekalipun..

Ahad, 19 Julai 2015

segalanya ketentuan Allah SWT

kadang kadang terfikir jugak knapa hidup aku macam ni,,terasa berat je kaki melangkah untuk terus mengejar impian,. dah puas aku cari jawapan tapi yang muncul semuanya persoalan.apakah ini ujian untuk aku atau balasan terhadap dosa dosa lampau yang aku telah lakukan. hanya Allah SWT yang maha mengetahuinya. walaupun perit untuk dilalui namun terpaksa tabahkan hati dan kuatkan semangat demi meneruskan hidup sementara ini. pernah juga aku terasa ingin berdoa untuk dicabut nyawa,tapi itu semua takkan mengubah apa2. kematian bukanlah pengakhiran, tapi mati adalah satu permulaan hidup yang baru yang kekal abadi.sebelum aku menhadap maha pencipta adakah aku dah cukup bekalan ilmu dan amal kebaikan,atau aku hanyalah seorang hamba yg berdosa...itulah yang sentiasa bermain di fikiran aini. ya Allah,,ampunilah hambamu ini yang telah banyak melakukan dosa dan kemungkaran, jika semua ini ujian untuk ku,aku terima dan akan menghadapinya dengan rasa penuh bersyukur, dan jika ini balasan terhadap dosa dosa ku, aku redha ya Allah..sesungguhnya Kau maha mengetahui apa yang tersembunyi yg tidak seorang pun mengetahuinya melainkan dengan izinMu. langkah demi langkah aku berjalan meniti masa dan usia, pelbagai cara telah aku cuba namun hasilnya tetap sama tiada bezanya. sesungguhnya aku hamba yang lupa pada pencipta, kenapa sekarang baru aku sedar.tapi aku masih bersyukur kerana masih diberi peluang untuk kembali ke jalan yang lurus.jika dulu aku gagal biarlah kegagalan itu menjadi pengajaran untuk diri aku dan semua yang mengenaliku. kekayaan dan kemewahan tidak akan menjamin kebahagian hidup.percayalah.. ianya tidak kekal,dalam sekelip mata ia akan hilang jika Allah mahukannya. bagi aku cukuplah aku gagal sekali dan aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi. ketika diberikan kesenangn aku lupa bahawa semua itu hanya pinjaman dan ia bukan milik aku,aku lalai dalam keseronokan hidup,leka dengan hiburan dunia, sekarang aku sedar bahawa semua itu sementara. perjalanan hidup aku terasa umpama novel yang dikarang oleh penulis yang bercelaru,kehidupanku tiada plot tersendiri.kadang2 aku terasa menyampah melihat sdegan2 drama dan plot cerita di kaca telivisyen.aku rasakan semua itu hanya lah rekaan semata mata.mengapa hidup aku tidak seperti drama melayu yang biasa kita tonton..lagi persoalan berlegar dalam fikiranku.aku cuba mencari rentak kehidupan yang sebenar,akhirnya aku pasrah dan aku hanya berserah sahaja pada yang esa. dalam 2 tahun aku rasakan terlalu banyak perubahan yang berlaku di sekelilingku,juga terhadap diriku. satu demi satu musibah melanda diriku,..ahhhh aku buntu..aku tak tahu apa yang akan berlaku pada aku nanti.aku keliru,Ya Allah tunjukkan lah aku jalan yang sebenar yang harus aku lalui.perubahan hidup aku terasa sangat ketara dan hampir akau tak dapat terima,namun aku kuatkan diri dan cekalkan hati untuk menghadapi cabaran hidup ini.aku tiada tempat mengadu dan meluahkan isi hati,aku pendam segalanya seorang diri dan bertemankan papan kekunci sahaja.hidupku bercelaru,emosiku kadang tak menentu.hanya Allah tempat ku mengadu. cerita diriku tidak akan berkesudahan selagi nyawa dikandung badan, masalah dan ujian akan terus datng tetapi aku akn jadi seorang yang kental,aku tidak akan mengalah,ini janjiku pada diriku.cukuplah kegagalan yang aku tempuhi selama ini.biarlah aku menulis tentang kejayaan diriku satu hari nanti,biarlah aku sendiri yang mencipta plot kehidupan ku ini. semoga segala yang akan aku lakukan selepas ini dirahmati ilahi.pesananku buat semua ingatlah bahawa setiap kesedihan akan datng dengan kebahagiaan,setiap kegagalan akan muncul kejayaan.Yang penting hanyalah kepercayaan dan berserah diri lah pa yang maha esa.segalanya bermula dan berakhir ngan izin Allah...Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin dari penhijau..

Selasa, 2 Jun 2015

karnival riang ria cuti sekolah

Assalamualaikum kpada pembaca smua.hari ni sy nk coretkan sikit pasal karnival rrcs maeps..anjuran NADI MALAYSIA. Bleh kata agak ramai la yg tergamam bile melangkah masuk ke karnival ni.kita biasa dgar klau karnival msti la havoc kan.cntohnye jom heboh,karnival belia,karnival usahawn pun havoc ape..tapi kalau korang dh pernah pergi karnival rrcs kt maeps serdang ni msti korng akan terkejut..ape yg dijanjikan smua bohong..,bkan aku nk kondem ke ape..tp sbgai pengunjung mmg agak menyedihkan la ble pergi karnival tp ape pun xde..tapak bkan main besar lagi..akt
iviti smie syok sndiri.jd masalah ni spatutnya pihak penganjur perlu ambil tindakan..btul x?tpi pengnjur smua spti lpas tangn je. Ok..kita cerita plak pasal peniaga2 kt karnival ni plak cmne...kalau dh pngunjung pun 15org je cmne peniaga nk jual produk..aku dpt info peniaga dijanjikan pling kurang pun 30ribu pengunjung akan datang.mula2 dikatakan ada 600 Booth jualzwan..tp akhirnya 50 pun xsmpai.peniaga smua pecah kpala mniaga kt krnival mcm ni..bayaran sewa tapak agak mahal jugak la..900 hingga 2k utk 1tapak... Untuk sehari dua mgkin bleh bersabar lgi..tpi masuk hari ke 3 sale RM2 je sape bleh tahan kan..ksian diorg.. Ade adegan menarik diantara peniaga dn penganjur..ni aku nk ceritakan kt korg la.pstu korg nilai la smdiri.. Hari ke 3 niaga xjalan,para peniaga sepakat g jumpa penganjur karnival.dah la susah nk jumpa.main tunding jari je.pass2.akhirnya dpat jgk jmpa org besar gak la kot.para peniaga ceritakan masalah dorg.tye la knapa karnival ni xd orang.pihak pemganjur x buat promosi ke?ke nk duit je pastu lpas tgn je.jwpan die sng je..."kami xpnah jnjikan pengunjung akan dtg cni,kami just sewakn tapak niage je"..cmtu la lbih kurang kot.para pniaga panas la.jdi wt la kata sepakat utk mintak smula duit sewa tapak sb dah xlarat mniaga kalau sale 2 ringgit je shari.lpastu mula la bincang2 ngn dorg.ade pujuk memujuk la.tp bg pniaga ug dh xd hati nk bniage ttp ngn pndirian nak duit blik.bkan sikit der. 2000 kot.so cmne?pndapat korng la ape yg patut penganjur buat..bg aku mmg dorg yg salah..nk anjur karnival tap promosi xde.ade ke kain rentang pasang kt pintu masuk maeps je.dah la tmpt terpencil..ape la salahnye labur sikit..pasang byak2 skurangnye kt hospital serdang,kt tmpat2 tumpuan org ramai..iklan kt tv ke radio ke.emm...ni bile dag jd macam ni baru sibuk dorng nk buat susun semula program iklan smula.ape nk jd la..ksian la kt pniage2 dlm tu.dorng pyn cari rezeki halal.kalau penganjur xde usaha dan sikap lpas tangan cmni,lain kali sy jamin name NADI MALAYSIA ngn maeps mmg busuk la.susah la dorng nk anjur program.pusing blik pun pniaga same je yg bniaga karnival,ekspo..jadi pk la..aku ni xsebelahkn mane2 pihak..aku just luah pendapat aku je.cbe la byangkan kalau ade org yg viralkan benda ni..xke susah nadi malaysia.aku tgok mase duk bkumpul rmai2 ade yg rakam..itu biase la. Ok la..aku mlas nk ckap byak.jari dh pnat.aku pun byak keje lgi ni.so pada yg berkenaan tolong la pk btul2. Assalamualaikum.. [image_0] [image_1]

Selasa, 24 Februari 2015

Peristiwa kiamat (timbangan mizan)

"Dan agar mendirikan sembahyang serta bertakwa kepadaNya" dan Dia lah tuhan yang kepadaNya lah kamu akan dihimpunkan"
(Al-an'am:72)

Pawer x permulaan bicara kali ni.haha..assalamualaikum sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian...ceh cm ramai je pembaca blog aku ni.hehe.rase mcm dah lame aku xtulis ape2 kt blog ni. Sibuk sikit sekarang,(macam la orang peduli).
Baiklah sekarang aku nak kongsikan sdikit ape yang aku tahu tentang timbangan mizan..sumber rujukan ni aku ambik dari sebuah buku pasal hari kiamat., timbangan mizan adalah keadilan pada hari kiamat nanti. Xkan ada sesiapa pun akan terlepas dari hari perbicaraan ini.

Pada hari kiamat akan ditegakkan timbangan mizan keadilan Tuhan atau makna lain timbangan amalan baik dan buruk untuk semua hambaNya. Sesiapa yg berat timbangan amalan kebaikannya ia berada dlm keadaan yang sangat memuaskan dan sesiapa yang timbangan amalan kebaikannya ringan maka jatuhlah ia ke neraka.
Firman Allah swt dlm surah al-anbia ayat 47 yang bermaksud "dan ingatlah kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil menimbang amal makhluk pada hari kiamat.maka tidak ada diri sesiapa yg akan teraniaya sedikitpun.dan jika amalnya itu berat seberat buhi sawi sekalipun nescaya Kami akan mendatangkannya utk fihitung.dan cukuplah Kami sevagai penghitung."

Di hari kiamat kelak segala amaln kita sama ada baik atau buruk akan tetap dihitung meskipun ianya sebesar zarah atau atom apatah lagi nuklius dan juga mikroorganisma.(ni wat sedap ayat je). Ada ulama mengatakan bahawa timbangan mizan ini berbeza beza bgi setiap manusia. Ada timbangan bagi perbuatan2 hati,anggota2 badan dan bgitulah seterusnya. Begitulah serba sedikit pasal timbangan mizan ni.

Masuk sub topik dimana amalan paling berat seorang hamba kelak pada hari kiamat.. pada hari kiamat nanti Allah swt tdak akan memandang harta kekayaan,nama atau pangkat kita di dunia lgi. Hanya amalan kebaikan saja lah yang mampu menyelamatkan kita pada hari tersebut. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa tiada amalan yang lbih berat timbangannya dari kalimah syahadah.tidak ada apa yg lebih berat dari kalimah nama Allah swt. Rasulullah juga perna berkata bahawa ucapan kalimah laa ilaahaillah itu adalah ucapan kebaikan yg paling agung. Selain itu timbangan yg paliing berat adalah memenuhi keperluan saudaranya.maksudnya menolong sesama kita ketika didalam kesusahan,barang siapa memenuhi hajat saudaranya rasulullah saw akan membantunya memberi syafaat di akhirat kelak.
Mizan adalah benar sebagaimana yg disebutka gmbarannya dan sifatnya dalam alquran fan hadith. Para ulama mengatakan ada 3 golongan manusia di akhirat kelak. Pertama,orang2 bertakwa,mereka tidak ada dosa2 besar, kedua, org2 yg mencampur aduk,mereka melakukan perbuatan keji dan dosa besar. Ketiga, org2 kafir.

Akhir kata dari aku, kalau kita nak selamat nt maka kita kena la sedar dari sekarang seblum terlambat..byak lagi nk diceritakan,insyaallah kalau pnjg umur esok lusa aku cube tulis plak pasal keadaan hamba yng sma berat timbangannya nt. Ok la jari pun dah lenguh...nk wt keje lain plak jap lg. Harap same2 lah kita dapat ilmu.anggap la ini amal jariah.same2 kita berkongsi ilmu yg sedikit ni. Terima ksih kerana sudi membaca blog yg xseberapa ni ye.semoga kita dilimpahkan rahmat Allah swt. Assalamualaikum.

Rasulullah SAW beesabda."sesiapa yg dihisab pada hari kiamat maka ia akan disiksa"Aisyah bertanya "wahahai Rasulullah, bukankah Allah SWT tlah berfirman "maka adapun orang yg diberi kitab catatan amalannya dari arah kanan maka dia akan dihisab dgan hisab yg ringan," Baginda menjawab "bukan hisab yg itu,akan tetapi yg dimaksudkan sesiapa yg hisabnya duberatkan pada hri kiamat, maka ia akan disiksa" hadith riwayar muslim.

Sila la komen atau tambah apae yang kurang ye.trima kasih..assalamualaikum....

Rabu, 21 Januari 2015

Peristiwa kiamat.,ingatlah wahai manusia

Rasulullah saw bersabda,
"Bagaimanakah saya boleh merasakan nikmat,sedang pemilik sangkakala telah memegang sangkakala,mengerutkan dahi,pendengarannya siap sedia menunggu bilakah akan diperintah untuk meniup sangkakala itu. 'Lantas apakah yang kita mesti lakukan wahai Rasulullah?' Baginda menjawab bacalah oleh kamu. "Hasbunallaahu wa ni'wal wakiil, tawakkalna 'alallaahi rabbina (cukuplah Allah bagi kami, juga sebagai sebaik baiknya wakil, hanya kpada Allah kami bertawakkal)"

Assalamualaikum pembaca yang dirahmati,terima kasih kerana sudi membaca blog ini,semoga kita bersama sama mendapat ilmu dan mendapat keredhan Allah swt.. Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang,tuhan sekalian alam, yang menghidupkan dan mematikan. Sesungguhnya kiamat adalah benar.janji Allah itu pasti.
Disaat kita alpa dan leka dalam hal2 dunia,kita mungkin telupa bahawa usia bumi ini semakin hari semakib tua,putaran masa bergerak semakin laju,matahari semakin lari dari paksinya iaitu semakin dekat dngan terbitnya dari barat.
Berdasarkan hadith2 rasulullah saw berkaitan dengan kiamat,kita dapat saksikan bahawa saat hari pengadilan adalah semakin hampir. Betapa dasyatnya ketika terjadinya kiamat, bila israfil as meniup sangkakala maka berakhirlah sudah episod kehidupan dunia, ada ulama berpendapat sangkakala ditiup sebanyak 2 kali,dan ada juga yang berpendapat sebanyak 3 kali.ini berdasarkan nas di dalam alquran dan hadith, ketika sangkakala ditiup kali pertama,maka bergoncang lah seluruh alam dan bertempiaran lari sekalial manusia,disaat itu mereka tidak lagi akan memikirkan hal2 dunia,saudara2, mereka akan sedaya upaya untuk menyelamatkan diri masing masing.ada yang mengatakan bahawa jarak tiupan pertama dan kedua adalah satu tempoh yang agak lama. Apabila ditiup kali kedua maka akan mati lah sekalian makhluk di alam ini kecuali yang dikehendakiNya. Setelah semua makhluk mati, alam langit dan bumi hancur, maka izrail pun diperintahkan mencabut nyawanya sendiri, maka matilah malaikat izrail,setelah itu,Allah swt akn membentangkan satu alam yang baru,alam yang tidak ada penghujungnya,dan para malaikat dihidupkan kembali,israfil pun diperintah meniup sangkakala untuk menghidupkan kembali seluruh makhluk yang telah mati. Jibril pula bersiap sedia dengan perhiasan untuk nabi muhammad saw,rasulullah saw adalah manusia yg pertama dibangkitkan,bila semua telah dibangkitkan dari kubur maka dengan kuasa Allah akan berterbangan roh roh mereka meresap ke jasad masing2. Menunggu untuk dibicarakan...dengan keadaan yang xdapat dibayangkan,manusia ketika itu sangat ramai,bukan sahaja mnusia,malah jin dan binatang2 juga turut menunggu masa utk dihisab.Allah maha adil,tidak akan ada sedikit pun yang tertinggal semasa hari perbicaraan tersebut..

Sampai disini sahaja utk kali ini...tibe2 mata ni rasa ngantuk pulak.jam pun dah pukul 12 lbih..bniaga dah hbis..mengemas dah habis..nak tido pulak.insyaallah akan ad sambungan untuk ini..terima kasih kerana meluangkan masa membaca entri aku kali ni ye kawan2..assalamualaikum.

Isnin, 12 Januari 2015

Bila dunia jadi buruan

Assalamualaikum semua..hari ni ustaz nk crita pasal...ehhh koya jadi ustaz pulok..biasa dgar x ayt ni,."duit bukan segalanye tapi segalanye
duit".emm...lbih kurang cmtu la ayatnye,kali ni aku nk bentangkan pendapat bentangkan pendapat aku sndiri la.sapa2 yang tak stuju xpe la.bagi aku hidup kat dunia sementara ni meme perlukan duit.sana duit sini duit,tandas beg plastik pun 20sen hari sabtu la.kalau xd duit hidup msti susah..jd pada aku kita memang perlu berusaha cari duit.cari harta,tapi akhirat pun perlu sdiakan bkalan...itu la pndapat aku yang berpendapatan sederhana ni.haha.



Ok la..ni crita sebenar.tadi tu saje panaskan jari jemari..
Aku pnah terbaca dulu la..xigt dah kt mane.,die ckap sistem mata wang ni sbrnye diperkenalkan oleh geng2 yg nk kuasai dunia.bisnes dah mula dari dulu lg.nabi muhammad pun bisnesman jgak.tp zaman tu dorang pakai wang dinar kot.ade perbezaan antara wang ngn sistem mata wang ni..emm.nti tajuk ni lain kali aku try cari smula dan kongsikan bersama...balik pada tajuk asal,duit ni sangat berkuasa skarang.sape ade duit dialah raja.kadang2 undang2 pun bleh dibeli ngn duit.,kerana duit boleh putus sahabat,sbab duit kluarga bleh pecah belah,sb duit juga rumahtangga boleh runtuh..betapa besarnye pengaruh benda yg bernama duit ni..igt juga ye duit ni boleh buatkan seseorang jadi ahli neraka dan duit jugak boleh jadikan org tu ahli syurga..(bkan wat bli tiket)..
Sebuah rumahtangga yg dibina atas dasar cinta dgn izin allah bleh hancur berkecai disebabkan duit.ini semua adalah sebab bila dunia jadi buruan,akhirat dilupakan.

Ltih plak nak menaip ni...ok la aku smbung balik.,seblum tu nak bgtau ni hari kedua aku taip untuk entri ni.ltih sangat kot.malam tadi xperasan aku tertidur sambil tangan mlekat kt keyboard.haha..pasal duit ni korg pandai2 la pk sndri ape korg nk buat ble byak duit.ape nk buat ble xde duit.jawapan ade kt diri masing2.nk best lagi g jumpa agen akpk..
Cukup la crite duit smpai kt sini.akhir kata dari aku,duit adalah sumber utama untuk belanja..jgn kite jadi hamba pada duit.igt lah kita adalah hamba allah yang maha esa.

Khamis, 8 Januari 2015

Remaja dan dunia


Assalamualaikum...

Remaja dan budaya,sememangnya sinonim. Dengan peredaran zaman dan teknologi yg semakin canggih,kita sering kali disajikan dengan cerita2 masalah remaja.setiap orang prnah melalui zaman remaja dan kanak2 pun akan masuk alam remaja(klau panjang umur).
Entri kali ni adalah khas untuk pembaca2 yang di alam remaja lgi.definisi remaja adalah mereka yg berumur 13 thun hingga 21 thun ye.hehe.kalau cerite ni xmenarik harap maaf la ye.
Kalau nk ceritakan pengalaman remaja aku rasenye mmg xd yg menarik kot,xyah lah crite.ok la.mcm pnjg sgt plak intro ni. Now we go to the point...
Kepada semua remaja di luar sana ingatlah bahawa hidup kita hanya sekali,blum tentu umur kita panjang.siape yg boleh jamin yg die akan hidup lg esok??jgn lah kamu sia2 kan umur remaja kamu.jangan dikaburi dengan kata2 manis cinta,kemewahan dunia,wang ringgit,keseronokan.ingatlah bahawa semua itu sementara.



Diriwayatkan daripada al-Abbas r.a., daripada Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluargakeluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi rasul dan penutup segala nabi) dan
sebaik-baik keluarga di kalangan mereka. (asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir daripada perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah)”. (Riwayat at-Tirmizi dengan sanad yang sahih).

Rasulullah saw pun ada khidypan remajanya..sifatnya,prilakunya sangat dikagumi dan baik akhlaknya.


Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia remajanya, Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur. Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.

Walaupun kita berbeza zaman dengan rasulullah saw,namun kita patut contohi baginda.tiada idola yang sebaik baginda.. nk ingatkan kt sini bahawa musuh islam sentiasa menunggu masa untk jatuhkan kita..dan sasaran merela yg utama adalah golongan remaja..

Remaja hari ini alan mencorakkan dunia di masa hadapan. Gunakan kelebihan sbagai remaja untuk bersama2 menegakan islam.